THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, October 25, 2011

Love Story AmmarAnuar

hello readers ;)

hujan-hujan ni seronok kalau dapat tidur ;)
lately dah jarang aku nak update blog .
maybe disebabkan kurang bahan nak buad cerita and
maybe aku yang dah malas nak menaip .
tapi harini , eventhough aku mengantuk sangat-sangat dah ni ,
aku still nak updates.

berbekalkan air batu campur, pintu depan terbongkang , and tv terbukak,
aku start cerita with cerita cinta ammaranuar.

personally , it's hard for me to make a love .
dear readers , you must believe this that i'm a loyal man ;)
aku susah nak suka dekat orang lain kalau aku dah ada someone dalam hidup aku .
maybe , sesetengah orang macam aku and sesetengah lagi bukan macam aku .
Sepanjang aku couple , tak mungkin aku tak pernah buat silap .
Banyak salah aku daripada salah ex-couple aku .

look for my personality , as matter of course i'm not interesting to others .
aku tak sehensem mane . pakej pun tak ada ;)

bagi aku , biarlah dia tak hensem/cantik , tak tinggi/pendek , putih/hitam , etc , etc
as long as dia setia tu pun dah memadai .

directly , sepanjang hidup aku for 19 years, aku pernah couple dengan tiga orang je .
maybe tak perlu nak diibangga kan .
First couple aku , orang perlis .
sepanjang aku couple dengan dia , only two times we've met .
semuanya sebab jauh ,then dia and aku pun sekolah lagi masa tu.
setahun aku couple dengan dia (since form 5).
last-last break up . semuanya salah aku .
aku admit , sepatutnya aku hantar mesej tu dekat orang lain but
"ter"sent dekat dia . so , ribut taufan semua datang and then melingkup .
bagi aku , die tak lah "se"special mane pun .
so biarkan je lah . nak touching kau punya pasal lah .
Seconds couple, orang JB .
sebab mesej dengan dia lah buat kantoi .
aku couple dengan dia for 6 month maybe.
dia ni lah couple aku paling best .
dia tak macam orang lain .
die jujur . dia caring . bla bla bla bla etc . etc.
dia suka menyanyi . macam aku . hee . 
tapi yang buat aku tak suka dengan perangai dia bila panas baran dia datang .
aku dia buat macam kawan . die lenting sana sini .
salah sikit nak maki. and then kalau dia dah bosan , dia cari point nak break .
dia dah ade dah pakej yang aku nak . tapi tu lah . pakej yang macam tu , aku tak berape
nak gemar ;D 
dia pernah tuduh aku ade orang tu , ade orang ni . tapi aku still sayang die .
dia kata die menyesal kenal dengan aku . but aku still contack dia sampai harini .
aku tak pernah menyesal kenal dengan dia . Semalam (25/10) dia mesej aku .
die kate rindu nak dengar suara aku . aku terpaksa berpura-pura benci dia sedangkan hati
aku still sayangkan dia ;(
panjang pulak dah cite pasal dia . ~skip~
third couple , budak pahang . 
aku kenal lepas aku break dengan yang kedua . 
masa ni baru dua minggu couple dengan dia , aku dah kena pergi PLKN .
ssepanjang dua minggu tu , die asyik bagi aku dengar lagu erra fazira-yang terindah hanya sementara 
dengan lagu yank-wali band jeh .
dia selalu dengar lagu tu . dia taknak jadi macam dalam lagu tu.
tapi dekat PLKN boleh pulak cikgu MOKHTAR pasang lagu ni .
sedih tak sedih lah aku . haram jadah .
dia sendiri kate die aku orang terakhir yang couple dengan dia .
die sendiri kate kalau aku dengan dia break satu hari nanti , dia takkan couple dengan orang lain .
takpe-takpe . aku percaye cakap dia .
sampai lah satu hari tu dia boleh bantai tersalah sent mesej .
die panggil aku "bie" sedangkan panggilan aku "sayang" . 
but , aku ignore jeh . maybe dia nak tukar selere panggil macam tu .
so biarkan je lah . sampai lah aku habis plkn , aku pergi jumpa dia .
first sekali jumpa dia , aku check henpon dia .
memang tak terkejut pulakkan aku . 
ade pulak mesej dye dengan orang lain bersayang-sayang bagai .
memang taklah aku nak percaya dia lepas tu . BOLEH BLAHH LAHH KAW !
sepanjang aku pergi PLKN tu , aku dah kena tipu bulat-bulat dengan dia .
2 bulan setengah aku kene tipu ! bayangkan , tak sakit pulak hati aku .
it's oke . lantak die lahh .
so sekarang aku SINGLE . 
aku nak couple lagi ? 
memang tak lah cerita dia ;)
maybe dah sampai seru nanti , aku couple lah kot ;)

untuk orang yang single macam aku ni , 
i prefer to choose this eulogy .
"segulung ijazah lebih bernilai dari seribu surat cinta"

last but not least , learn to be a faithfully .

thanks for reading .



Monday, October 17, 2011

memang TAK lah cerita dia ;)

well hello readers ;)
lama tak update blog . 
broadband pun dah terminated . 
tambah pulak dengan timetable pack . memang tak jadi apa dah sekarang ni .

fikir nak cuti sem je sekarang ni . cepat lahh masa berlalu ;)

directly,  hari jumaat haritu (14/10) aku kena pergi kem dekat pekan,pahang maybe . not sure lah tempat dia kat mane. for sure ,  kem kepimpinan . as well as you know , KEM ? memang TAK lah cerita dia ;)

aku lemau sikit bab-bab pergi kem ni . aku ada perasan notice and list name dekat board hostel utk student yang terlibat dengan kem tu . but aku ignore je . last-last "terseru" jugak nak pergi tengok list name tu . first time baca sorang-sorang, tak perasan lagi ada nama . so just says PADAN MUKA dekat student yg terlibat. 
second time baca dengan members "of the floor" , mampuihhhhhh ! time tengok sorang-sorang tak ada . time tengok ramai-ramai ada pulak . agak rabak ke apa mata aku ni ? PADAM MUKA aku balik kan ;)

fikir dah tak bleh lari dah . tapi nasib baik (15/10) saturday ada pogram mahasiswa cemerlang maybe dekat poli aku . Indirectly aku pun terlibat dengan pogram tu . then,boleh lah tarik nafas lega .
 huhhhhhh <----- camni gayanya ;D

so, boleh lah bagi alasan TAKNAK PERGI KEM .  yahoooooo.com .
dengan sukacitanya aku pun pergi lah jumpa YDP (yang dipertua perwakilan pelajar) cakap kat dia aku tak bleh join kem tu . lepas tu dia suruh cari orang gantikan tempat aku . but , aku dah try cari dengan kudrat yang ada , still not find ;) so just let the camp be . aku ignore je eventhought ada yang kate kena bagi surat tunjuk sebab lah bagai . memang TAK lah cerita dia ;) 

hari khamis (13/10) aku decide nak pergi pogram dekat poli aku ni je . dekat pun dekat .
dengar cite kalau pergi pogram tu dapat tambah carrymark ;) 
lepas tu dapat elaun 5RINGGIT sehari . #(dua hari je pun) .

pogram ni utk student-student yang terpilih je .
terpilih sebab carrymark operating system RENDAH !
ok follow yours flow . 
lets count . budak lelaki kelas aku lima orang . yang terpilih tiga orang .
yang pergi seorang . so berapa orang budak lelaki dalam kelas aku ?
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
........................................................................................................

KHAIRI MUSA and FARID ANUWAR balik ! so aku sorang je lah yang mengadap pogram tu .
nasib baik ada ARIFF and BOB student DIP2 SECTION 1  . tak lah aku sorang-sorang . 
hari sabtu tu , pogram start pukul 8.00 pagi . aku dengan ariff datang pukul 9.30 sebab pergi makan dulu .
so bila dah masuk dewan besar , terus je nampak student lain tengah jadi macam pengikut ayah pin .
haha . jangan marah okay .  bukannya nye apa , masuk-masuk je dengar orang terpekik-pekik .
"AKULAH PANGLIMA PERKASA" #sambil ibu jari tunjuk kat dada , "AKU ARAH MERAKA KE BUKIT , MEREKA KE BUKIT" #sambil tangan kanan angkat ke atas .

PELIK TAK PELIK TAK ? 

kat situ aku dah gelak mengekek dah . 
macam apa dah pogram ni .
and then , dia tanya berapa ramai yang berani naik atas pentas .
orang pertama yang naik bob ! 
second , girls semesta satu dua orang .
lastly , semua orang naik . senang cite .

lepas jeh benda tu habis , 
ade pulak orang lain cakap-cakap .
dia briefing pasal pogram tu .
part yang ni aku tersentak macam nak rak !
pogram ni dah serupa macam kem .
cuma stay dekat hostel je . 
kalau kem mesti dalam khemah .
bila aku dengar dia cakap "SAYA TAKNAK LEPAS NI ADA YANG DATANG DUA TIGA KERAT , LEPAS TU DATANG IKUT SUKA HATI NAK DATANG PUKUL BERAPA. KALAU ADA YANG BUAT MACAM TU LAGI, SAYA AKAN DENDA" aku dah rasa lain dah sebab dia briefing pasal flow pogram tu sejibik macam flow dekat kem ! 

macam biasa lah . KEM ? memang tak lah cerita dia ;)

so aku dengan ariff decide nak CABUTTTTTT
ingat nak cabut time makan pagi memandangkan jam masa tu pukul 10 lebih .
konon-konon dalam otak , makan pagi dekat cafe . boleh lah cabutt .
tapi its evidently wrong ;) boleh pulak makanan ada dekat dewan besar . nasib baik dekat pintu depan .
masa orang tengah kerumun nak ambik makanan tu , masa tu lah aku cabut dengan ariff .
puas lari sampai sesat dekat bangunan mekanikal . haha
nasib baik bangunan tu kosong . so takde orang nak syak .

and then sampai jugak dekat beloved hostel with safely . haha 
tukar baju bagai tetibe ariff ajak pergi swimming pool . 
MEMANG NAK LAH CERITA DIA KAN ;)
pergi punya pergi , pool tu dah nak tutup sebab yg jaga pool tu nak rehat .
masa tu dah pukul 12 . memang hampeh . penat jalan dari hostel .
tapi takpe . sebab nak swimming sanggup tunggu sampai pukul tiga .  
pergi bandar muadzam , makan-makan sampai pukul 3 suku and then balik terus gie pool .
siap bawak bola tampar lagi . hwa hwa hwa ;D

lepas je dari mandi bagai , aku kol member kelas aku (perempuan) yang pergi pogram tu .
konon-konon nak tau lah kantoi ke tak masa aku dengan ariff cabut tu .
obviously KANTOI ! semuanya sebab dorang suggest nama aku jadi penghulu kat pogram tu .
kalau dorang tak suggest tak jadi benda ni !
but its does not the doesn' t matter .
BERSERAH ;)

so sekarang aku tunggu je lah HEP panggil .
kalau tak panggil kira Alhamdulillah lah .

last but not least , any CAMP , anywhere
" MEMANG TAKLAH CERITA DIA
by reanna

Thank you for reading ;)


















Saturday, October 8, 2011

menyusahkan bila diperhatikan

hey readers .

susahkan kalau selalu je ada orang perhatikan kita.
apa kita buat semuanya orang nak pertikai.
setakat perhatikan its okay .
tapi kalau dah sampai tahap masuk campur apa yang kita buat memang menyusahkan.
street to the point , baru-baru ni ada lecturer cakap aku selekeh . 
dress up macam artis sedangkan nak pergi kelas je pun . rambut macam tomok . #puii
artis selekeh ke ?
aku taktau lecturer mana but apa yang dia cakap macam aku ni buat salah besar .
hakikatnya , aku pergi kelas pakai seluar slack,baju kemeja lengan pendek .
rambut dah sehabis pendek , cuma masalah dekat spike belt je .
aku admit memang salah aku sebab pakai belt macam tu .
aku boleh je ubah sampai lecturer tu puas hati.
tapi kenapa dia perhatikan aku sorang je . 
ramai lagi yang macam tu . 
dengan kasut macam nak pergi pavillion , seluar skinny slack,  
rambut pacak-pacak bagai, panjang pulak tu.
dia perhatikan aku sebab aku berjawatan ?
for the last time lah aku cakap , aku tak mintak pun nak berjawatan.
biarlah orang percayakan aku or anything else .
asal buat salah je , AWAK TU JPP .
takde benda lain ke nak sebut .
tolonglah . serabut lah benda-benda macam ni .
pandang lah aku as a normal students okay.
orang lain tak boleh ubah diri kita melaikan diri sendiri yang ubah diri sendiri. 
so, only spike belt will be changes . others will be considered.
aku keras kepala kan . lantak pii lah .
 aku tak pernah , tak berminat , tak hengen nak jaga tepi kain orang so
jangan jaga tepi kain aku . boleh je nak jaga tepi kain aku but 
make sure bukan aku sorang je yang dijaga . 
thank you ;) 

#final dah nak dekat . so aku 
PERLU untuk risau . minggu depan 
ada kem kepimpinan .
aku memang tak pernah 
BERMINAT kalau benda berkaitan 
dengan kem.

thanks for reading ;)