THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, September 4, 2011

persoalan yang masuk akal .

aku percaya ada yang dah baca entry sebelum ni about kes aku .
dalam entry aku banyak persoalan yang boleh diterima pakai and persoalan yang masuk akal .
kalau baca balik entry sebelum ni , mesti ada yang boleh agak apa persoalan 
yang aku nak pertikaikan dalam kes ni .

1. persoalan , saksi yang nampak incident tu .
    -kalau betul dia nampak , macam mana aku langgar budak tu ?
2. persoalan kecederaan yang budak tu alami.
    - kalau betul dia patah tangan , dia takkan menjerit-jerit cakap sakit .
      sepengetahuan aku , [maybe salah] . kalau seseorang mengalami patah pada mana-mana bahagian ,
      dia hanya akan rasa kebas-kebas melainkan patah yang melibatkan sel kulit terkoyak .
      tapi budak tu hanya mengalami patah tangan kiri/kanan maybe . tak terkoyak pun kulit .
3. persoalan aku menunggang dengan had yang laju.
    - jika kita berfikir diluar kotak pemikiran , bila menunggang motosikal dengan had yang laju ,
       mungkin budak tu mengalami luka yang parah dan mungkin motor aku mengalami kerosakan yang teruk .
       aku and kawan mungkin terpelanting . budak tu mungkin terpelanting jugak . 
       tapi , aku just dapat luka kecil je . sama macam kawan aku . kitorang just jatuh macam lemah gemalai .
       tak terpelanting pulak tu . 
4. persoalan aku melanggar budak tu dari arah belakang.
   - berfikir secara logik , kedudukan budak melintas takkan street ke hadapan ataupun mengundur . 
      semestinya kedudukan melintas jalan melintang . and kedudukan aku semestinya dari arah tangan kanan 
      budak tu . so , tak logik lah kalau kata aku langgar budak tu dari arah belakang .
5. persoalan aku tak memberi laluan dekat budak tu untuk melintas .
    - budak ni sebenarnya mengacah aku . so tak sepatutnya statement macam ni dikeluarkan . aku rasa
      macam bodoh bila keluarkan statement macam ni . bila fikir secara logik , aku sendiri yang bagi budak
      ni jalan . macam mana statement ni boleh dikeluarkan. 
6. persoalan budak berhenti secara tiba-tiba.
    - apa yang menyebabkan budak ni berhenti secara tiba-tiba . adakah sebab ada halangan semasa melintas?
      ataupun budak ni memang ada niat nak mengacah aku . kalau dia jawab ada halangan semasa melintas ,
      please bagitau benda apa yang menghalang . aku sure dia tak boleh jawab . even dia boleh jawab pun 
      komfem dia mereka cerita . actually masa tu jalan lengang . memang terlampau lengang . so takde bukti
      kukuh yang mengatakan dia berhenti secara tiba-tiba sebab ada benda menghalang .
7. persoalan aku tak bawak budak tu pergi hospital.
    - first accident just biasa je . normal . macam accident jatuh longkang . tu apa yang aku fikir sebab kalau 
      boleh rakam incident tu memang ramai yang rasa ia hanya kemalangan kecil . tak ada yang parah . 
      and then , bila aku berfikir panjang , patut tak aku pergi dekat kumpulan kecil yang mengelilingi plaintif ?
      kalau aku pergi , aku takut berhadapan dengan risiko . kalau kumpulan kecik itu mengambil tindakan
      such as pukul aku dengan kawan aku macam mane ? 
8. persoalan aku langgar lari.
    -kalau aku langgar lari , aku takkan berhenti sekejap depan rumah kawan aku untuk check motor .
     kenapa masa aku duduk situ about sejam lebih , takde orang yang datang settle hal tu . tempat 
     kejadian dekat je dengan tempat yang aku berhenti , macam aku cakap
     tadi , aku takut berhadapan dengan risiko kalau-kalau aku dipukul . thats why  taknak 
     pergi sana . tapi berfikir panjang sebelum apa-apa terjadi. 

so , dari cerita aku , mungkin ada yang rasa aku memang patut dipersalahkan . tapi banyak persoalan yang aku kurang nak berpuas hati . persoalan yang aku bagi semuanya kukuh . aku takkan mereka cerita semata-mata . any persoalan aku akan tambah dekat new entry . sesiapa yang rasa ada persoalan yang mungkin kukuh dan boleh diterima pakai please inform dekat aku . maybe boleh bantu aku . thanks for reading ;)

Assalamualaikum ;)

0 comments: