THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, September 9, 2011

ouch ! RAYA .

tetiba pulak teringat pasal raya ! hish . tak rasa macam raya pun tahun ni . 
selalu kalau raya mesti excited gila . tapi sekarang apa pun tak boleh .
maybe frist time aku beraya as a student . puasa dekat hostel and berbuka pun dekat hostel.
before this memang lah puasa as a student jugak tapi student sekolah . 
stay pun dekat jeh dengan family. so rasa lah jugak nikmat puasa and raya . 
tapi tahun ni . stay jauh dengan family . lepas tu cuti raya pun seminggu je .
raya pulak dekat selayang . ade sape je dekat sana . member semua balik kampung .
raya pertama dah rasa bosan dah . pergi dua tiga buah rumah balik . pastu raya kedua langsung tak 
keluar beraya sebab taktau nak pergi raya rumah sape . raya ketiga kakak sepupu datang dari perlis baru beraya sakan . dari pukul 10 pagi aku keluar sampai pukul 1pagi baru balik rumah . best tak best lah .
kalau balik kampung , pheww ! memang best gila . 
adik beradik mak aku dah lah ramai . kalau berkumpul memang grand habis arr .
tapi adik beradik mak aku ni kepoh-kepoh sikit . yang tang situ aku tak berapa nak gemar sangat .
kalau dorang bergurau , kasar sangat . bergurau bukan cuit-2 . just fikir sendiri macam mana cara dorang bergurau . nak explain pun susah . haha . senang-senang meh arr 
datang kampung aku tengok dorang bergurau macam mana . ;D komfem taknak datang dah .
yang best nya start dari nak balik kampung tu dah terasa macam raya komfem meriah .
selalunya parents aku suka balik kampung malam-malam . 
kampung aku dekat kedah . jauh bona . before nak balik , bapak aku mesti sembahyang sunat sebab nak 
tinggal rumah . bile dah balik kampung pulak bukan dua tiga hari . kadang-kadang sampai lah jugak dua minggu . and then sampai je kat kampung mesti dah pagi . tapi langit tak cerah lagi la . 
dengar pulak lagu raya masa on the way nak balik kampung ,pheww menangis hidung-hidung .
yang paling aku suka kalau berenti rehat . mesti pergi aku beli gula-2 , kopok , air bebanyak pastu makan dalam kereta . tiap kali berhenti mesti beli tak kira lah  berenti sebab nak isi minyak or berenti rehat ke ape . 
time tu lah mak aku komfem membebel . beli makanan banyak sangat . buat habis duit je !
macam tu lah gamaknya cara mak aku cakap ;)
masa zaman sekolah-sekolah dulu lagi la . kalau balik kampung , besok nak raya , malam ni
adik beradik mak aku komfem dok sibuk pakai inai . aku dengan sepupu-sepupu aku 
takyah cite lahh . pergi sawah ramai-ramai and then baling mercun tiap-tiap malam . 
kadang-2 buat obor guna paper pastu jalan dekat kawasan yang gelap . 
bila obor paper tu terpadam masing-masing kelam kabut cari api . ade yang dah lari dulu balik rumah .
muka masa tu memang takyah cakap arr . kalau tangkap gambar sure taknak tengok . haha .
kalau pergi beraya rumah orang lagi la . taknak jauh-jauh pulakkan . 
kalau boleh setiap kampung kitorang nak pergi beraya . asalkan dapat duit . 
masa orang sembahyang raya , kitorang sibuk dok depan masjid tunggu orang habis sembahyang .
sebab , bila dah habis sembahyang raya komfem AJK masjid tu bagi duit raya .
benda paling kelakar masa raya zaman budak-budak time aku darjah 4 or 5 . pergi beraya rumah orang naik basikal . first time naik basikal masa tu , so perak sangat lah . selalu beraya jalan kaki je . kali ni makin jauh kitorang beraya. sampai dekat satu rumah tu tepi sawah . nak masuk jalan pergi rumah die ade jalan . 
tapi biasalah . mengada-ngada time tu ,so kitorang pergi bantai lalu jalan yang dekat sawah tu . 
kereta moto tak boleh lalu . basikal je boleh lalu . masa lalu jalan tu , aku dengan sepupu aku naik satu basikal , kembar aku naik dengan sepupu yg lain . lepas tu sepupu aku dengan sepupu yang lain naik satu basikal . so kat sini ade tiga basikal lah jadinya . bila aku kat depan sure-sure yang lain semua kena ikut aku dari belakang. nak pecut tak boleh sebab jalan sempit . elok je nak sampai rumah orang tu , tibe-tibe aku terlanggar batu . batu tu nak kata besar tak besar , nak kata kecik tak kecik . sedang-sedang lahh gamaknya.
bila dah terlanggar tu , aku dengan sepupu aku nak terjatuh . sempat tahan kaki tapi time tu tahan macam taknak tahan lah . lagi bape inci je nak masuk dalam sawah . aku try taknak bagi jatuh dalam sawah tapi kembar aku pergi langgar bontot basikal tu pulak . punah ! aku , dengan  bebudak ni semuanya jatuh sawah . haa . sebab ape semua jatuh , first aku kene hentam dari belakang , jatuh dulu . pastu kembar aku pulak kene hentam dari belakang dengan sepupu aku . sepupu aku pulak jatuh sebab basikal kembar aku heret dengan dia-dia sekali masuk sawah . tak jadi apa dah . balik macam tu je . takkan pergi dah . serik ! ;D
tapi sekarang dah tak rasa macam dulu . masing-masing dah besar . pastu jarang pulak balik kampung .
so takde feel dah nak raya . tahun ni parents aku tak balik kampung sebab makcik aku buat kenduri kahwin hari sabtu ni . aku nak join tapi tengok lah sekarang aku kat mana . lagipun parents aku stay sampai hari isnin . 
kang aku ponteng kelas lagi kang baru tau . haha . so cite pasal raya dah habis . 
overall RAYA TAHUN NI TAK BEST . sekian terima kasih ;)
thanks for reading .



0 comments: