THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, September 21, 2011

whatt the !

ni lagi satu hal . 
aku tak tau lahh nak cakap macam mana dah .
Actually aku dah dipilih sebagai 
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP).
but straightfoward, i'm not interested to be a JPP .
Sorry if there has a uneasy feeling for this statements .
betul-betul mintak maaf .
first of all , aku memang tak layak untuk jawatan ni .
aku tak biasa dengan dunia memimpin ..
cuba tengok contoh yg terdekat je lahh .
aku tak mampu nak handle 138 orang ahli 
Kelab Kesenian Dan Kebudayaan Politeknik Muadzam Shah .
sampai orang pertikaikan tentang pengerusi kelab tu .
aku malu nak mengaku but aku terpaksa mengaku .
aku terima je orang nak cakap apa .
aku tak pernah jadi pengerusi mana-mana kelab sebelum ni
include masa sekolah dulu . 
bila masuk poli , orang pilih aku as a president of this club .
so aku kekok . aku taktau apa flow president .
aku tak mintak pun nak berjawatan .
bila aku dah ada jawatan orang asyik tnya , 
kenapa pengerusi kelab tu tak buad kerja .
kenapa aktiviti kelab tak berjalan.
sedangkan semuanya dalam perancangan .
ahli tak bagi kerjasama .
dari 138 orang , tak sampai 50 org pun yg bayar yuran.
memang yuran agak mahal . 
but diorang kena paham ,
kelab kebudayaan tak dapat peruntukan dari politeknik .
semuanya harap duit ahli kalau nak buad aktiviti .
mintak pun bukannya setiap bulan .
satu semesta RM 15 .
how comes pengerusi and AJK tertinggi dipersalahkan .
but it does not the doesn't matter .
aku terima jeh . ouch . this is not the main point .
i know that i have been appointed to be a Exco of Kebudayaan dan warisan (JPP)
lepas balik dari nasyid competition last week .
but the info does not clean and clear !
so i just ignore that info .
at last , YDP meet me at cafe and he told me that tomorrow afternoon 
we've watikah perlantikan jawatankuasa pelajar .
aku dah boleh agak apa yang orang cakap pasal aku nanti .
aku try nak tarik diri jugak but , dia kata ni bukan JAWATAN UNTUK KELAB-KELAB .
its okay . aku terima eventhought annoying .
kenapa mengarut ? those yg kenal aku ,dia tau 
macam mana aku dress pergi kelas . dengan kasut ada line putih , 
tali pinggang spike . that's my way ! and tadi ada lecturer as a adviser of the JPP tegur aku .
MACAM MANA NAK JADI JPP KALAU KASUT MACAM NI.
tu baru pertikai pasal kasut . aku nak jeh cakap 
SAYA TAK MINTAK PUN NAK JADI JPP !
macam nak menangis jeh tadi rasanya .
aku tak biasa langsung dengan flow dorang .
urghhh ! AKU TAKNAK ORANG PANDANG AKU MACAM GILAKUASA !
AKU TAKNAK JADI TANSRI ! AKU TAKNAK ADA JAWATAN ! 
AKU NAK JADI STUDENT BIASA JE ! 
AKU DAH LAH BODOH , TAMBAH PULAK DENGAN JAWATAN .
BILA PULAK AKU NAK BELAJAR ! SEDANGKAN TAK ADA JAWATAN MASA SEM SATU POINTER AKU PUN RENDAH ! urghh ! IDIOTT !

sorry kalau terlampau melampau . but percayalahh .
aku just nak luahkan .
aku ambik ni sebagai peluang untuk masa depan aku .
thanks gila dekat member-member yg banyak support . 
maybe betul apa yang dorang kata .
jawatan ni bantu aku masa nak cari kerja nanti .
by the way , aku bersyukur sebab orang still percayakan aku .

thanks for reading luahan yang tak seberapa nak elok ni . ;)

aku yang terlalu mengharap ;(

maybe aku terlalu mengharap untuk dapat kan someone .
aku selalu fikir pasal dia . tapi dia pernah ke fikir pasal aku .
dia macam try nak jealouskan aku . 
apa yang aku pernah buad dekat dia dulu, sama macam
apa yg dia buad dekat aku sekarang .
aku terasa dengan perangai dia .
kenapa dia ego . aku try nak lupakan dia .
tapi kenapa tak boleh ! aku tak boleh nak benci dia !
ramai yang mesej aku . tapi mesej dia jugak aku tunggu .
aku jealous tengok dia mesej dengan orang lain even aku tau
dia mesej dengan mak or member-member kelas dia .
aku just nak tau perasaan dia je dekat aku . 
kenapa dia buad aku mengharap nak dapat kan dia .
dia dah banyak berubah sekarang ni . 
dia tak macam orang yg aku kenal masa first time jumpa dulu .
taktau lahh macam mana . 
aku nak jauhkan diri dari dia tapi tak boleh !
maybe memang AKU TERLALU MENGHARAP.
biarlah aku pendam sampai dia tau aku sayang dia .
LAST BUT NOT LEAST AKU NAK DIA TAU YANG AKU SINGLE !
yang aku selalu mesej tuh kawan jeh . tak lebih pun dari tu .
even aku mesej dengan org yg selalu aku mesej tu , tak bermakna aku sayang dia and
tak mungkin aku kaple dengan dia .
thats ALL ! 

thanks you for reading liahan hati yang tak seberapa ni ;(


Friday, September 16, 2011

overall about nasyid competition ;)

Assalamualikum .

BAB 1 ; BENGANG

13 SEPT (tuesday) i've join Festival Kesenian Islam (nasyid) dekat terengganu .
everythings going well but result kurang memuaskan and i dissapointed with the judges.
ni semua sebab juri terlampau tak adil ! tak jujur bila buat kerja .
memang takkan halal duit yang dorang dapat masa jadi judges .
okay . fine . benda dah lepas but aku still ungkit . aku tak puas hati !

adil tak kalau microphone kitorang slow tapi poli dia gah belaka .
adil tak kalau perfomance tak best dapat johan ?
adil tak kalau semua competition , poli dia mesti dapat tempat .
(means johan , naib johan , ketiga)
its not fair !

overall , yang layak dapat johan masa nasyid tu POLITEKNIK SULTAN AHMAD SHAH (POLISAS). tak pun POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB).
perfomance dorang grand gila ! paling best POLISAS punya crew instrument . orang yang main tamborine memang gah habis ! salute habis !
bukti kukuh just only on those who witness its . memang tak adil for other participants .
but it does not the doesn't matter . poli aku ada jugak bawak balik hadiah .
daripada 5 competiton , only two have been awarded .
by the way congratulation for story tellings participant Arief Fauzi sebab dapat second place
and Umi Fathini as a Syair Bahasa Arab participant sebab dapat third place .
bangga jugak lahh bila MC announce nama politeknik muadzam shah .

settle bab bengang kita masuk pulak bab baru .

BAB 2 ; EXPERIENCE
masa first competition aku admit yang aku takut gila .
sampai kol mak nangis-nangis bagai #ops kantoi.
but this second competition ade jugak terasa nak nangis sebab 
ariff pergi cerita pasal dia ketuk-ketuk kepala masa nak jawab quiz lepas first competition.
die sampai taktau apa-apa pasal subjek yg dia belajar.
semuanya sebab fokus dekat nasyid . #sanggup tau !
aku tahan jeh air mata . haha . sensitip bona haa !
seconds competition more better than first competition .
but seconds competition very poor . sangat keji !
last but not least , kepada juri yang tak berhati perut , buat-buat lah bertaubat .
bagi anak bini makan rezeki yang halal . jangan sebab duit , umat sendiri ditindas .

thats right the looser and the winner is the ritual of competition but
who is make a decison if not a wise judges ;) "

#tolong hafal okay bab 1 and 2 . masuk quiz . puihh ! mampuihh kalau gini ;D

nahh gambar .

crew nasyid
RIZAL | BOB |ASYRAFUL | MUAZ | ARIFF | AMMAR | ACIK

instrument crew
AZRI | ADZHAR | SYAHMI



Storry telling (lelaki)
ARIEF FAUZI

Story telling (perempuan)
MEEZA VILLY


azan 
IBRAHIM

Syair Bahasa Arab 
UMMI FATHINI

thats all . 
thanks you for reading ;)







Friday, September 9, 2011

nasyid again ;)

Alhamdulillah , i can join nasyid competition for a second times . i think i can't got the second chance because before this i've been destroyed my crew expectation. Expecially my coach . but that the past story . nothing to be bob up and down.
so , for this competition my crew will be sings two song . Dunia cermin akhirat and perjuangan menuju kecemerlangan ummah . for perjuangan menuju kecemerlangan ummah , its takes a week for me to practise and memorize this songs . its because the melody of this song hard for me to catch it . until one weeks , i got the melody but thats not perfect . others crew already got the melody . Dunia cermin akhirat songs is not the problems for me because once i sings that songs last month maybe. 
this competition will be at politeknik dungun, terengganu on tuesday ( 13/9 ).
the coach still Cik azri and the crew has been changes to another person .
so far , our training go smoothly and sometimes kena marah selalu . 
semuanya sebab datang lambat . 
but , this time i can't make any plodge sebab takut termakan diri sendiri ;D
so , just pray for our goodness and thanks for reading ;)

ouch ! RAYA .

tetiba pulak teringat pasal raya ! hish . tak rasa macam raya pun tahun ni . 
selalu kalau raya mesti excited gila . tapi sekarang apa pun tak boleh .
maybe frist time aku beraya as a student . puasa dekat hostel and berbuka pun dekat hostel.
before this memang lah puasa as a student jugak tapi student sekolah . 
stay pun dekat jeh dengan family. so rasa lah jugak nikmat puasa and raya . 
tapi tahun ni . stay jauh dengan family . lepas tu cuti raya pun seminggu je .
raya pulak dekat selayang . ade sape je dekat sana . member semua balik kampung .
raya pertama dah rasa bosan dah . pergi dua tiga buah rumah balik . pastu raya kedua langsung tak 
keluar beraya sebab taktau nak pergi raya rumah sape . raya ketiga kakak sepupu datang dari perlis baru beraya sakan . dari pukul 10 pagi aku keluar sampai pukul 1pagi baru balik rumah . best tak best lah .
kalau balik kampung , pheww ! memang best gila . 
adik beradik mak aku dah lah ramai . kalau berkumpul memang grand habis arr .
tapi adik beradik mak aku ni kepoh-kepoh sikit . yang tang situ aku tak berapa nak gemar sangat .
kalau dorang bergurau , kasar sangat . bergurau bukan cuit-2 . just fikir sendiri macam mana cara dorang bergurau . nak explain pun susah . haha . senang-senang meh arr 
datang kampung aku tengok dorang bergurau macam mana . ;D komfem taknak datang dah .
yang best nya start dari nak balik kampung tu dah terasa macam raya komfem meriah .
selalunya parents aku suka balik kampung malam-malam . 
kampung aku dekat kedah . jauh bona . before nak balik , bapak aku mesti sembahyang sunat sebab nak 
tinggal rumah . bile dah balik kampung pulak bukan dua tiga hari . kadang-kadang sampai lah jugak dua minggu . and then sampai je kat kampung mesti dah pagi . tapi langit tak cerah lagi la . 
dengar pulak lagu raya masa on the way nak balik kampung ,pheww menangis hidung-hidung .
yang paling aku suka kalau berenti rehat . mesti pergi aku beli gula-2 , kopok , air bebanyak pastu makan dalam kereta . tiap kali berhenti mesti beli tak kira lah  berenti sebab nak isi minyak or berenti rehat ke ape . 
time tu lah mak aku komfem membebel . beli makanan banyak sangat . buat habis duit je !
macam tu lah gamaknya cara mak aku cakap ;)
masa zaman sekolah-sekolah dulu lagi la . kalau balik kampung , besok nak raya , malam ni
adik beradik mak aku komfem dok sibuk pakai inai . aku dengan sepupu-sepupu aku 
takyah cite lahh . pergi sawah ramai-ramai and then baling mercun tiap-tiap malam . 
kadang-2 buat obor guna paper pastu jalan dekat kawasan yang gelap . 
bila obor paper tu terpadam masing-masing kelam kabut cari api . ade yang dah lari dulu balik rumah .
muka masa tu memang takyah cakap arr . kalau tangkap gambar sure taknak tengok . haha .
kalau pergi beraya rumah orang lagi la . taknak jauh-jauh pulakkan . 
kalau boleh setiap kampung kitorang nak pergi beraya . asalkan dapat duit . 
masa orang sembahyang raya , kitorang sibuk dok depan masjid tunggu orang habis sembahyang .
sebab , bila dah habis sembahyang raya komfem AJK masjid tu bagi duit raya .
benda paling kelakar masa raya zaman budak-budak time aku darjah 4 or 5 . pergi beraya rumah orang naik basikal . first time naik basikal masa tu , so perak sangat lah . selalu beraya jalan kaki je . kali ni makin jauh kitorang beraya. sampai dekat satu rumah tu tepi sawah . nak masuk jalan pergi rumah die ade jalan . 
tapi biasalah . mengada-ngada time tu ,so kitorang pergi bantai lalu jalan yang dekat sawah tu . 
kereta moto tak boleh lalu . basikal je boleh lalu . masa lalu jalan tu , aku dengan sepupu aku naik satu basikal , kembar aku naik dengan sepupu yg lain . lepas tu sepupu aku dengan sepupu yang lain naik satu basikal . so kat sini ade tiga basikal lah jadinya . bila aku kat depan sure-sure yang lain semua kena ikut aku dari belakang. nak pecut tak boleh sebab jalan sempit . elok je nak sampai rumah orang tu , tibe-tibe aku terlanggar batu . batu tu nak kata besar tak besar , nak kata kecik tak kecik . sedang-sedang lahh gamaknya.
bila dah terlanggar tu , aku dengan sepupu aku nak terjatuh . sempat tahan kaki tapi time tu tahan macam taknak tahan lah . lagi bape inci je nak masuk dalam sawah . aku try taknak bagi jatuh dalam sawah tapi kembar aku pergi langgar bontot basikal tu pulak . punah ! aku , dengan  bebudak ni semuanya jatuh sawah . haa . sebab ape semua jatuh , first aku kene hentam dari belakang , jatuh dulu . pastu kembar aku pulak kene hentam dari belakang dengan sepupu aku . sepupu aku pulak jatuh sebab basikal kembar aku heret dengan dia-dia sekali masuk sawah . tak jadi apa dah . balik macam tu je . takkan pergi dah . serik ! ;D
tapi sekarang dah tak rasa macam dulu . masing-masing dah besar . pastu jarang pulak balik kampung .
so takde feel dah nak raya . tahun ni parents aku tak balik kampung sebab makcik aku buat kenduri kahwin hari sabtu ni . aku nak join tapi tengok lah sekarang aku kat mana . lagipun parents aku stay sampai hari isnin . 
kang aku ponteng kelas lagi kang baru tau . haha . so cite pasal raya dah habis . 
overall RAYA TAHUN NI TAK BEST . sekian terima kasih ;)
thanks for reading .



Sunday, September 4, 2011

persoalan yang masuk akal .

aku percaya ada yang dah baca entry sebelum ni about kes aku .
dalam entry aku banyak persoalan yang boleh diterima pakai and persoalan yang masuk akal .
kalau baca balik entry sebelum ni , mesti ada yang boleh agak apa persoalan 
yang aku nak pertikaikan dalam kes ni .

1. persoalan , saksi yang nampak incident tu .
    -kalau betul dia nampak , macam mana aku langgar budak tu ?
2. persoalan kecederaan yang budak tu alami.
    - kalau betul dia patah tangan , dia takkan menjerit-jerit cakap sakit .
      sepengetahuan aku , [maybe salah] . kalau seseorang mengalami patah pada mana-mana bahagian ,
      dia hanya akan rasa kebas-kebas melainkan patah yang melibatkan sel kulit terkoyak .
      tapi budak tu hanya mengalami patah tangan kiri/kanan maybe . tak terkoyak pun kulit .
3. persoalan aku menunggang dengan had yang laju.
    - jika kita berfikir diluar kotak pemikiran , bila menunggang motosikal dengan had yang laju ,
       mungkin budak tu mengalami luka yang parah dan mungkin motor aku mengalami kerosakan yang teruk .
       aku and kawan mungkin terpelanting . budak tu mungkin terpelanting jugak . 
       tapi , aku just dapat luka kecil je . sama macam kawan aku . kitorang just jatuh macam lemah gemalai .
       tak terpelanting pulak tu . 
4. persoalan aku melanggar budak tu dari arah belakang.
   - berfikir secara logik , kedudukan budak melintas takkan street ke hadapan ataupun mengundur . 
      semestinya kedudukan melintas jalan melintang . and kedudukan aku semestinya dari arah tangan kanan 
      budak tu . so , tak logik lah kalau kata aku langgar budak tu dari arah belakang .
5. persoalan aku tak memberi laluan dekat budak tu untuk melintas .
    - budak ni sebenarnya mengacah aku . so tak sepatutnya statement macam ni dikeluarkan . aku rasa
      macam bodoh bila keluarkan statement macam ni . bila fikir secara logik , aku sendiri yang bagi budak
      ni jalan . macam mana statement ni boleh dikeluarkan. 
6. persoalan budak berhenti secara tiba-tiba.
    - apa yang menyebabkan budak ni berhenti secara tiba-tiba . adakah sebab ada halangan semasa melintas?
      ataupun budak ni memang ada niat nak mengacah aku . kalau dia jawab ada halangan semasa melintas ,
      please bagitau benda apa yang menghalang . aku sure dia tak boleh jawab . even dia boleh jawab pun 
      komfem dia mereka cerita . actually masa tu jalan lengang . memang terlampau lengang . so takde bukti
      kukuh yang mengatakan dia berhenti secara tiba-tiba sebab ada benda menghalang .
7. persoalan aku tak bawak budak tu pergi hospital.
    - first accident just biasa je . normal . macam accident jatuh longkang . tu apa yang aku fikir sebab kalau 
      boleh rakam incident tu memang ramai yang rasa ia hanya kemalangan kecil . tak ada yang parah . 
      and then , bila aku berfikir panjang , patut tak aku pergi dekat kumpulan kecil yang mengelilingi plaintif ?
      kalau aku pergi , aku takut berhadapan dengan risiko . kalau kumpulan kecik itu mengambil tindakan
      such as pukul aku dengan kawan aku macam mane ? 
8. persoalan aku langgar lari.
    -kalau aku langgar lari , aku takkan berhenti sekejap depan rumah kawan aku untuk check motor .
     kenapa masa aku duduk situ about sejam lebih , takde orang yang datang settle hal tu . tempat 
     kejadian dekat je dengan tempat yang aku berhenti , macam aku cakap
     tadi , aku takut berhadapan dengan risiko kalau-kalau aku dipukul . thats why  taknak 
     pergi sana . tapi berfikir panjang sebelum apa-apa terjadi. 

so , dari cerita aku , mungkin ada yang rasa aku memang patut dipersalahkan . tapi banyak persoalan yang aku kurang nak berpuas hati . persoalan yang aku bagi semuanya kukuh . aku takkan mereka cerita semata-mata . any persoalan aku akan tambah dekat new entry . sesiapa yang rasa ada persoalan yang mungkin kukuh dan boleh diterima pakai please inform dekat aku . maybe boleh bantu aku . thanks for reading ;)

Assalamualaikum ;)

PLEASE JUDGES IT ;) thank you .

i've been sue because menyebabkan kemalangan jalan raya pada 6/1/2010 melibatkan WSJ 5098 . thats my motorcycle . ok . yes , aku admit aku berlanggar dengan sorang budak sekolah masa on the way pergi rumah kawan aku . sekarang , lets me tell the whole story about this incidents , then i'll listed a little bit of offense and then please judges it . lets see who is on the part of truth and who is on the part of blunder . 

6/1/2010 WEDNESDAY about 6.00 P.M 
aku dengan kawan aku decide pergi rumah member dekat WIRA DAMAI .
lalu jalan yang agak besar tapi tak ada line putih . kiranya macam jalan kampung .
aku nampak sorang budak SEKOLAH MENENGAH tengah nak melintas jalan .
aku terus berhentikan motorsikal sebab nak bagi dia melintas . 
dalam masa yang sama aku pun ride motor dengan kelajuan 20km/sejam , lalu belakang basikal dia .
aku ride sebab dia dah melintas depan aku .
tiba-tiba dia berhenti secara mengejut dan menghalang laluan aku 
sekaligus menyebabkan aku berlanggar dengan dia . yang menyebabkan aku dengan 
budak sekolah menengah tu berlanggar sebab budak tu dah lah berhenti secara mengejut dekat 
tengah-tengah jalan . lepas tu masa aku ride motor , boleh pulak dia mengacah aku . 
aku dengan kawan aku terjatuh , basikal budak tu himpap motor aku .
brek kaki bengkok , gear bengkok , pedal nak tercabut , left side mirror tercabut tapi tak pecah. 
motor tak teruk sangat , basikal budak tu pun tak teruk . 
datang si pakcik indon mane tah , marah-marah aku . tengking-tengking bagai.
aku tak salah buat apa aku nak senyap . aku pun nak menang jugak .
so , aku lawan dia cakap aku tak salah . pakcik tu kata dia nampak aku langgar budak tu .
sedangkan hakikatnya dia memang tak nampak . kalau dia nampak incident tu , seratus peratus dia takkan salahkan aku . budak tu just terseliuh . yang aku tau dia just terseliuh sebab ade sorang pakcik tolong
aku angkat moto . die sendiri yang kata , budak tu just mengada-ngada . terseliuh sikit je . tapi merengek macam keluar darah bagai . aku pun fikir benda tu kecik , so aku belah dari situ and berhenti depan rumah kawan aku . jarak antara tempat berlanggar and rumah kawan aku dekat sangat . lebih sejam jugak aku lepak kat situ check motor . lepas tu dalam 7.30 aku baru gerak balik rumah . 2 minggu lepas tu , surat saman sampai kat rumah aku . bapak budak tu saman aku atas sebab langgar lari . aku pergi IPD GOMBAK untuk diambil keterangan  and then disaman atas sebab tak buat report lepas accident . sepatutnya aku disaman atas dua kesalahan iaitu tak buat report and menunggang dengan keaadan merbahaya . tapi polis yang amik keterangan tu konon-kononnya baik , so dia bagi satu saman je . masa keterangan diambil , ada banyak benda yang aku tak puas hati . bila aku bagi keterangan , dia tak masukkan dalam report sepenuhnya . apa yang aku cakap dia bantah . nampak sangat tak adil . bila aku kata salah budak tu sebab mengacah , dia kata aku bawak laju sangat . nonsense ! so ,dah settle hal bagi keterangan . 
21/7/2011 sampai surat dakwa aku kat mahkamah . semata-mata nak duit , sanggup dakwa aku . 
parents aku dah decide nak settle luar mahkamah tapi plaintif taknak settle . alasan dia sebab aku kurang ajar dengan pakcik tu . kalau dah kebulur nak duit tu , macam-macam alasan dia bagi. mahkamah tetapkan 
22 OGOS 2011 untuk sebutan kes . tapi aku tak boleh datang so ditangguh pada hari khamis 8/9/2011 . so , i'll listed the offense . please judges it .

1. Gagal  memberi perhatian atau sebarang pandangan yang wajar atau perhatian yang secukupnya terhadap pengguna jalanraya yang lain terutamanya plaintif dan/atau basikalnya.
2. menunggang motosikal tersebut pada had laju yang tinggi memandangkan situasi ketika itu.
3. menunggang motosikal dengan sikap yang cuai dan berbahaya.
4. langsung tidak melihat atau tidak sempat melihat plaintif dan/atau basikalnya bagi mengelakkan perlanggaran tersebut dari berlaku .
5. gagal mempraktikkan sebarang kawalan yang wajar atau secukupnya bagi mengawal motosikal.
6. gagal mengamalkan hemat yang munasabah serta kecekapan dalam pengendalian serta pengawalan motosikalnya.
7. gagal memberi amaran atau sebarang amaran yang wajar ketika sedang menghampiri plaintif dan/atau basikalnya.
8. tidak menghiraukan isyarat atau amaran yang diberikan oleh plaintif. [TAK HIRAU APANYA ! BUDAK TU YANG MENGACAH . BILA PULAK DIA BAGI ISYARAT]
9. menyebabkan atau membernarkan motosikalnya melanggar plaintif. [AKU DAH CUBA ELAK DAH]
10.tidak memberi hak laluan kepada plaintif [ NAMPAK SANGAT STATEMENT PALSU!]
11. menunggang terlalu dekat dan/atau mengekori plaintif dan/atau basikalnya tanpa memastikan bahawa ia adalah selamat untuk berbuat demikian [ SEBAB AKU RASA SELAMATLAH AKU JALAN . TAPI DAH BUDAK TU MENGACAH . STATEMENT TAK BOLEH PAKAI]
12. melanggar plaintif dan/atau basikalnya dari arah belakang . [ BUDAK TU MELINTAS JALAN KOMFEM LAH MELINTANG. MACAM MANA PULAK AKU BOLEH ADA BELAKANG DIA SEDANGKAN BELAKANG BUDAK TU DIVIDER ]
13.mengekori plaintif dan/atau basikalnya dalam jarak yang terlalu dekat sehingga tidak sempat menekan brek dan/atau brek dengan sempurna dan seterusnya melanggar plaintif dari belakang. [ BUDAK TU MENGACAHLAH ! BAPE KALI NAK CAKAP !]
14. gagal berhenti, perlahankan atau menyimpang motorsikalnya bagi mengelakkan dari melanggar plaintif dan/atau basikalnya. [ TADI DIA KATA AKU MEMANDU DENGAN JARAK YANG DEKAT DAN MENYEBABKAN PERLANGGARAN , TIBA-TIBA CAKAP GAGAL BERHENTI. NAMPAK SANGAT PUTAR BELIT CERITA]
15. gagal memberi perhatian yang penuh kepada kenderaan yang berada di arah hadapan terutamanya plaintif dan/atau basikalnya.
16. < sama dengan nombor ( 2 ) >

sorry tak dapat nak senaraikan semuanya kerana terdapat persamaan dengan statement-statement yang lain . tapi yang penting , butir-butir kecuaian aku ada 28 jenis kecuaian . tengok macam sama jeh . nak putar belit bagi aku pening arr tu .

dalam kes ni plaintif buat tuntutan
1. gantirugi Am dan gantirugi Khas.
2. Faedah keatas gantirugi Am pada kadar 8% setahun dari tarikh penyerahan saman hingga ke tarikh penghakiman.
3. faedah keatas gantirugi khas pada kadar 4% setahun dari tarikh kemalangan hingga ke tarikh penghakiman.
4. faedah selanjutnya pada kadar 8% setahun dari tarikh penghakiman sehingga ke tarikh pembayaran .

kerugian khas plaintif
1. kerosakan pada pakaian dan barang barang peribadi lain RM 150.
2.perbelanjaan elaun perjalanan pergi balik hospital bagi rawatan ulangan/pesakit luar adalah RM 20 bagi satu perjalanan dan masih berterusan.
3. perbelanjaan perubatan swasta/kerajaan
4. kos beli makan beekhasiat dan vitamin. [anak dah gemok nak bagi vitamin ape lagi]
5. kos penjagaan
6. kos pembaikan basikal.
7. kos rawatan dan pembedahan masa hadapan .

for readers info, dia upah 3orang peguam untuk kes ni . 
nampak macam aku ni bunuh orang pulak ! tiga-tiga indians ! 
nape tak pilih melayu ? sebab kalau dengan indians boleh lah putar belit cerita .
nak duit punya pasal , sanggup aniaya saudara SEISLAM.

ape-ape pun just doakan aku untuk tempuh ujian Allah S.W.T ni .
maybe ade hikmah disebalik yang terjadi .

Assalamualikum.