THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA !

Assalamualaikum,


LU ADA PARANG
              GUA ADA PEDANG,
          BAK DATANG LEMANG,
                               CICAH DENGAN RENDANG .

LU REMBAT GUA,
         GUA REMBAT LU,
CAKAP SAJA BUAT APA,
                     BAK DATANG BAHULU.

hahahahahah

Dengan sesopan pantun diatas dan kekurang ajaran bahasa, 
saya ingin meletakkan diri saya di kerusi penyimpan mohor-mohor diraja ,
ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada sesiapa yang 

terbaca mohor-mohor ini ;)

saya juga ingin merequest dan mengemis AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN atas ketelanjuran saya 

sepanjang berkurang ajar dengan korang . andai kata aku pernah TERguris hati sesiapa , TERsinggung perasaan, TERambil barang tanpa pengetahuan, TERmakan atau TERminum tanpa izin , TERmungkir janji dan TERlain-lain , halalkan lah semuanya kerana mata  mungkin TERsalah melihat , mulut selalu TERsalah menyebut dan hati mungkin TERsalah menduga

sekian dari AMMAR ANUAR with sincerely entry ;) 


#sedih , beli baju raya last minit sebab baju raya yang ditempah tak siap lagi !
baju raya last minit besar gila ! 
nak baju melayu warna purple tu lahh ! ;(

Wednesday, August 24, 2011

BERLARI SAJA HARINI !

Harini lahh paling penat bagai . nak balik KL punya pasal .
macam-2 ragam ada . dah lah kelas tak pergi , nasib baik 
esok (khamis) lusa (jumaat) just subjek yang tak masuk final exam .
cuma satu subjek jeh yang final . but its not the doesn't matter .
dah sampai rumah dah pun . tak guna cakap benda yang lepas . haha .
actually tadi , aku balik KL selamba jeh . tak bagi surat or tiket print pon dekat lecturer .
sebab aku tak beli lagi tiket balik so nak print macam mana ,
dah sampai terminal baru nak beli . nasib baik ada kosong lagi .
kalau tak , tak balik beraya aku .

harini memang aku berlari saja . tengah puasa ni . tapi sanggup berlari sebab nak balik punya pasal.
bayangkan tiket bas dah lah tak beli lagi , and then ingatkan sampai kat guard tak payah
hantar kad balik kampung . last-2 kena hantar jugak . so , berlari aku pergi hostel balik . dah lahh jaoh .
tak kira dah puasa ke tak . janji kena cepat . bas ke KL pukul 2 tepat . masa tengah berlari ke hostel jam dah pukul 1.45 tengahari/petang #tak sure . nak pergi ke guard balik dah amik masa lima minit . and then nak ke terminal amik masa sepuluh minit . tadi pun sampai tepat-2 pukul dua. lega lahh sikit sebab bas tak sampai 
lagi . sampai kL naik KTM nak ke taman wahyu tapi tersalah naik train pulak . sampai lahh segambut sorang-2 . menceceh tanya orang kat counter macam mana nak pergi ke taman wahyu . tunggu pulak train ke sungai siput and then berhenti dekat stesyen putra . lepas tu berlari lagi bila sampai kat putra sebab train ke taman wahyu sampai . kelam kabut naik tangga turun tangga . touch and go pulak buat hal . harini aku penat sebab berlari jehh . tapi nasib baik boleh puasa penuh jugak . hehe . 


fikirkanlah .

pejam celik pejam celik dah dekat nak raya .
now , aku dah kat rumah . nak beraya sanggup balik awal .
and then class terpaksa mis . haha 
semangat betul ni . 
so , harini moh kita berfikir # bagi yang nak berfikir jeh .
yang rasa kepala otak dia betul please leave this blog . 
Actually , baru-baru ni kecoh pasal student yang tak puas hati 
bila pihak tertentu mematikan elektrik apabila jam  8.30 malam .
Alasannya untuk mengajak student melakukan solat Isya' dan solat sunat terawih. 
dalam erti kata lain melakukan aktiviti kerohanian pada bulan ramadhan .
Persoalannya , kenapa nak matikan elektrik ? kenapa dah nak habis puasa baru nak jalankan aktiviti macam ni. ?  banyak alternatif lain kalau nak orang pergi 
penuhkan Pusat Islam . Kalau nak buat kerja sangat , suruh ahli jawatan kuasa pergi bilik ke bilik 
and then ajak student pergi Pusat Islam . tu baru tindakan yang betul . 
ini tidak , buat announcement mengatan bahawa sesiapa yang tidak hadirkan diri akan dikenakan tindakan 
dan elektrik akan dipadam pada pukul 8.30 malam. 
ok . kalau ikot kan kepala otak untuk orang yang berfikiran diluar kotak , dia mesti fikir tentang risiko .
banyak risiko kalau pihak tertentu tu buat macam ni . first at all , cuba fikir pasal student yang tengah buat assignment tapi dia tak dengar announcement mengatakan elektrik akan dipadam . tak ke menganiaya student ? orang tu dah buad penat-2 assignment and then tiba-tiba elektrik terpadam . some students guna lappy yang  tak menggunakan bateri . just charge . alasan ni kukuh sangat ! and then , macam mana kalau orang dalam toilet and then dia pun tak dengar announcement . dalam toilet memang takkan dengar announce . lagi-2 kalau tengah mandi . buatnya tergelincir dalam bilik air macam mana ? yes , aku cakap sebab penah jadi dekat aku . tinggal nak tergelincir je .kalau dah tergelincir tu sape nak tanggung ? dah lah dekat nak raya . Sumpah aku betul-2 marah . ok . aku percaya aktiviti ni datangnya dari "pendidik" . but even datang dari pendidik pun , tak ada cara lain ke nak ajak orang pergi Pusat Islam . Semua bergantung kepada orang yg arrange benda ni . sepatutnya dia fikirkan alternatif lain . jangan fikir diri sendiri . Fikirkan tentang orang lain jugak . 
kenapa student buat kerja malam-2 ? sape yang tanye memang bodoh lah gamaknya . orang yang tanya benda ni sah-sah dia ni seorang yang pentingkan diri . memang semua orang ada kerja . tapi bila lagi nak buat kerja tu kalau bukan malam . siang dah komfem-2 ada kelas . diorang kena paham , ade course yang kelasnya sampai petang . ada yang tak . macam kelas aku , sampai pukul enam . hari-2 bercampur dengan kelas ganti . tak padat pulakkan timetable kitorang . and then , bukan sorang je lecturer yang mengajar . tapi lapan lecturer mengajar . kalau sorang dah bagi satu kerja , and then lagi sorang bagi tiga kerja sekali gus and submit in this week macam mane ? berfikir diluar kotak . jangan hanya pentingkan diri sendiri dan jangan hanya kerana nak dapat kan nama sanggup menganiaya orang . sepatutnya , orang macam ni yang patut berfikiran matang dan terbuka . kalau betullah dorang ni berfikiran matang kenapa nak paksa student sampai macam tu sekali . kenapa layan student macam budak sekolah rendah ! ada yang kata , kita dekat IPT bukan sekolah rendah . YES . tau pun ! perlu ke nak buad student macam budak-2 . memang tak masuk akal . ramai yang maki hamun dekat group institut . student maki hamun bukannya marah pasal benda lain ! majoriti pasal tengah buad assignment and tengah dalam toilet . kat situ dah boleh nampak yang sesetengah daripada mereka ni buad kerja tak fikir orang lain . ikot dia punya kepala otak je . and then , bila cakap tu cakap ni , mula lahh nak babitkan "pendidik" . bangga sebab "pendidik" yang suruh buat macam ni . ada yang kate , bila nak mintak something dekat pengarah , bukan main lagi tapi bila nak ikot flows keras kepala . kalau macam ni lahh gamak nya , memang patut student keras kepala .  anyway , aku dah pun sampai rumah so lantak diorang lah . diorang sendiri boleh fikir baik and buruk . "SOLAT KALAU TAK IKHLAS BUKAN DAPAT PAHALA TAPI DAPAT DOSA . " 

SORYY FOR ANY MISTAKE , I'M NOT PERFECT . JUST NAK LUAHKAN AS A STUDENT YANG TERANIAYA . TERIMA KASIH UNTUK ORANG YANG NAK BERFIKIR . AND TERIMA KASIH JUGAK UNTUK ORANG YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI . USAHA ANDA MEMANG DIPERLUKAN BUT INI BUKAN CARANYA ;)

"LAST BUT NOT LEAST , BERFIKIRLAH DILUAR KOTAK PEMIKIRAN . "

Wednesday, August 17, 2011

please , jangan nak hipokrit sangat .

salam satu blogger .
hey readerr .
selamat berpuasa ;)

again .
kenapa sesetengah orang tak boleh tengok orang lain lebih dari dia .
bila dia rasa tergugat mula lah nak cerita belakang-belakang .
aku rapat ke dengan lecturer ? haihh . sampai tahap mane tah aku rapat dengan lecturer 
sampai ada yang tak puas hati . what for nak dengki .
even aku rapat pun dengan lecturer kenapa nak kepoh .
pegi lahh rapat jugak dengan lecturer tu . 
kenapa nak pertikaikan . aku mc pon ada yang tak puas hati . .
suka hati aku lahh .
kononnya tak adil lahh asyik muka yang sama je tak datang kelas . 
so , dah tau tak adil , pergi lahh amik mc jugak . 
buad apa nak dengki .
sebab mulut macam ni lahh ramai yang fade-up  .
kawan dengan A tapi kutuk-kutuk A dekat B.
kawan dengan B, kutuk pulak B dekat C .
talam dua muka langsung orang macam ni .
tak malu ke . ada jugak orang macam ni .
taktau lahh apa masalah orang yang ada perangai macam ni .
andai ada yang terasa , ubah lahh diri . 
tak semua orang perfect . aku pun tak perfect .
fikir lah . kita hidup bukan sorang-sorang je kat dunia ni .
rasanya kalau yang terasa baca entry ni komfem terus update status dekat facebook.
cakap nak berkias saja . cakap lahh direct . tag nama aku ok . . kan senang . ;D

the end~

berbuka with classmate ;)

salam satu blogger .
hey reader . ;)

harini dah masuk hari yang ke-18 kita puasa . 
Alhamdulillah aku tak pernah mis lagi . haha .
#bangga lettew ;)

Actually aku just nak update entry yang dah lama aku tak update .
so terfikir pulak nak updates pasal berbuka dengan classmate .
maybe tak penting pun kan but tak salah kalau nak bercerita .
blog aku , suka hati aku lah . #tibe-tibe .

first of all , my first time berbuka dengan classmate . 
best jugak lahh sebab dapat berbuka ramai-2 for one day .
plan nak berbuka with lecturer subjek digital media but dia tak boleh join .
so , without her , everything go smoothly . 
makan dekat kedai area poli jugak but i'm not satisfied with the price.
ada ke patut sotong goreng tepung dua set , macam satu set je.
price absolutely nonsense . dah lahh sikit lepas tu mahal pulak .
bukan berkira but just rasa tak puas hati . 
makan tak kenyang tapi bayar mahal .
kedai biasa-biasa je . 
but its doesn't matter . benda dah lepas . 
nak mintak duit balik pun tak guna dah .
so . after berbuka we're going to tunas manja . (supermarket)
i thought wanna buy a perfume but lain yang aku beli .
konon-konon nak jimat tapi hampeh .
masa nak pergi tunas manja tu tak ada masalah .
but bila dah nak balik poli , memang bermasalah .
call cab but tak pick up call . and then someone bagi idea suruh
pakcik yang bawak lori hantar balik poli . kitorang pun tunggu lahh sampai dia 
keluar dari tunas manja tu . bila dia dah keluar masing pakat lari sebab malu .
sekali dengan aku lari .. 
at last tak dapat sebab pakcik tu kemut gila . 
sedangkan satu arah je . macam lahh kitorang taktau .
 actually poli dekat je dengan tunas manja .
dekat tak dekat sangat lahh . tapi kalau jalan kaki sampai jugak .
but kalau nak jalan kaki banyak  risiko .
situ dah lahh highway , lori banyak keluar masuk . and then 
ada jalan yang gelap header to poli .
budak-budak perempuan dah lahh pakai baju kurung .
buatnya kena kejar dengan orang gila or pape tak ke tersembam atas tar .
last-last someone call cab and then baru lahh ada orang pick up call tu . 
so balik naik teksi jugakk lahh . 
nasib baik . tapi satu hal pulak bila teksi dah sampai .
masing-masing berebut nak naik persona putih.
aku jenis redha je #puihhh
so naik lahh kereta yang terpampang perkataan TEKSI . #haha
sepatutnya satu teksi 4 passenger only . but kitorang balun sampai 6 org .
mampat tak mampat lahh kan . 

pengajaran for this story , 
please lahh bagi student bawak kenderaan sendiri.
 #credit to pihak yang terasa. ;D

gambar ni jeh yang mampu aku upload . time kasih ;)
start from yours left hand 
AMMAR | NANA | YANA | KHAIRI | IEKA | MEEZA | AIEN | FATEEN | ALYA | MAS
snap by ; EMA LUNA

p/s : classmate aku memang tak ramai . 
ada lagi yang tak join . but kalau join pun tak ramai jugak ;D







Saturday, August 13, 2011

untung jugak ada KEMBAR ;D

salam satu blogger .
heyy readers ;)

lama jugakk tak updates blog .
tak berkesempatan nak update masa dekat poli .
now , dah sampai rumah so ade lah jugak masa nak update .
yes , aku menaip dengan rasa puas hati .
semua gara-gara lelaki yang tak beradab !
sebab facebook je lelaki tu sanggup datang rumah aku dari subang jaya ke selayang .
double really nonsense ! 
memang aqu FUCK orang perangai macam dia . 
actually die ni bapak awek kembar aku .
benda ni jadi semua sebab kembar aku post dekat facebook maki hamun MAK TIRI awek dia.
MAK TIRI awek dia ni perangai agak melampau .
malas nak masuk campur rumah tangga orang .
so proceed to bapak awek kembar aku serbu rumah parents aku pagi tadi .
sape yang tengok incident tadi memang ramai yang rasa dia memang teramat melampau .
before dia nak orang hormat dia , lebih baik dia hormat orang dulu .
bukan nak cakap pandai . tapi dia tu dah jadi bapak budak .
takkan sebab facebook nak kecoh satu kampung .
ni lahh sesetengah orang . make decision without thinking first . and then tak fikir panjang .
main nak REDAH jehh . umur dah separuh abad pandai-pandai lah berfikir .
bapak awek kembar aku kontraktor and jurulatih silat .
no need aku nak heran dengan status dia as a kontraktor and jurulatih silat .
what for nak takut dengan orang macam tu . 
tadi pun dah macam drama dah aku tengok . ade part yang kelakar and
ada part yang series tahap melampau dahh .

ni babak drama yang jadi tengahari tadi :

bapak budak tu known as pakcik masuk kawasan rumah aku
without permission and then terus cekak baju aku (gaya macam nak gaduh)
and then 

aku ; apesal ni ! tetibe jeh . *cara bercakap still lagi sopan
pakcik separuh abad : kau yang cakap celaka kat dalam facebook kan . asal kau cakap macam tu.
aku : saya ammar bukan amir ! *muka berubah (dia taktau yang AMIR ada kembar)
pakcik separuh abad : hang sapa ? 
aku : saya ammar . amir tu haa dalam rumah !

and then pakcik tu street pergi jumpa kembar aku (amir) .
sampai depan pintu kembar aku pun kene cekak baju jugak .
siap pakcik tu buad gaya nak menumbuk age .
pastu aku cakap elok-2 suruh lepas kembar aku .
die boleh bantai suruh aku dok jauh sikit .
sape taknak tolong adik beradik kalau dah jadi macam ni .

so aku beckap lahh amir . nk dipendekkan cerita ,
yang menang masa bergaduh tadi kembar aku . haha .
semua sebab kitorang dah plan baik punya ..
memang malu habis lahh pakcik separuh abad tu . 
tersangat lahh malu . 
kembar aku yang buad hal , aku plak yang over 
excited nak gadoh.

plan kitorang :

tukar status yang kembar aku mencarut-carut kat facebook and then tunjuk 
dekat pakcik yang tuduh kembar aku buad status tu untuk isteri dia .
hakikatnya memang untuk isteri dia . tapi sebab aku dah edit status tu dia rasa
macam bersalah . so serves him right ! 

tajuk entry aku "untung ada kembar" sebab masa mula-2 pakcik tu datang rumah aku ,
die ingat aku ni kembar aku . paham ? buat-buat faham je lahh . so dia dah malu dah kat situ sekali .
lepas tu die kene tipu dengan aku bulat-2 . aku cakap kat dia , status yang kembar aku post tu actually aku yang post . hakikatnya memang kembar aku yang post . just nak kelirukan pakcik tu jeh .
licik betull . and then last but not least pakcik tu dah terlampau malu terus lari topic .
tetibe masuk pasal kembar aku bawak anak dia pergi ICT tak bagi tau dia .
macam mana dia boleh cakap dia taktau sedangkan dia tengah bercakap pasal dorang pergi ICT .
dah nampak dah kat situ yang dia ni tak berfikir panjang .
sekurang-kurangnya , before buad decision fikir lahh dulu . and then kalau betul-betul dah salah 
baru lah hentam . tapi kalau dah salah pun jangan lahh hentam bagai nak rak .
bagi nasihat or bincang elok-2 . 

"jangan ikutkan perasaan yang akan membinasakan "

Saturday, August 6, 2011

bas is nothings !

hello readers ;)
haii bloggers .

harini dah masuk hari keenam umat islam berpuasa.
rasa macam cepat je masa berlalu. tapi memang tu yang aku nak .
lagi cepat masa berlalu lagi bagus. aku pun tak sabar nak raya ni .

sedihnya lahh hai harini .
kenapa lah tiket nak pergi muadzam selalu habis!
nak salahkan sape skang ni . 
takkan nak salahkan diri sendiri pulak .
sepatutnya sediakan lah banyak bas .
semua orang senang hati nanti .

now , aku dekat muar . rumah Cty Dayah *nick facebook
sejak dari hari jumaat (semalam 5/8) .
lepas habis kelas jeh semalam aku decide nak pergi rumah dia.
ingatkan nak balik KL tapi tiket langsung tak ada.
so, decision last minit memang menyusahkan !
tiket bas express komfem habis . dah tau dah 
so decide nak naik bas tingtong (bas henti-henti).
sampai jeh dekat terminal muadzam , memang tak boleh blah !
ramainya orang nak balik !
expecially budak-budak sekolah.
sayang seribu kali sayang , bas tingtong dah lepas .
urghh . ingatkan dah boleh dah pergi muar .
tapi nasib baik ada senior nak balik muar jugak.
so, aku dengan Mohd Nur Ariff * nick facebook follow jeh lahh dorang.
kesian kat dia sebab dia dah beli tiket balik muar pukul enam petang besok (ahad).
tapi aku ajak dia balik awal sebab aku takde member nak gie muar tu .
dah alang-alang dia nak balik muar baik saing dengan aku jeh .
kan kan kan =D

and then , bila bas express dah sampai kitoang bagi lah yang
ada tiket naik dulu . pastu senior tu tanye kat drebar bas tu
boleh tumpangkan ke segamat ke tak .
nasib baik drebar bas tu baik . die bagi  naik tapi kene bayar lebih .
its okay . redha je lah . asalkan dapat sampai muar .
yang kelakarnya , first time aku duduk dekat tempat tido 
konduktur bas . memang kelakar habis ! dah macam kena seludup .
panas , sempit and bagai aku rasa duduk kat situ .
haha . tapi menyempat gak lah aku tido dalam bas 
even tak selesa . penat sangat kot .
about 1hour sampai lah segamat tu . 
pastu naik bas lain pulak pergi muar .
kali ni amik masa about 2hour . 
dah tak boleh tido dah time ni . 
yang si Dayah keje mesej aku jeh tanye dah sampai mana .
setiap lima minit komfem dia tanya .
penat nak menjawab . 
tapi pikir bulan puasa jeh ni .
haha .

yang sedihnya , besok tiket pergi muadzam dah habis !
macam mana aku nak balik street to muadzam .
nak taknak kena amik bas pergi segamat dulu papehal pon .
nasib baik ada tiket nak pergi segamat . kalau takde memang kesian gila .
tu pon tiket dah tinggal lima . kalau dah habis aku kena balik hari isnin jugak lah .
but everythings settle .

sampai jeh segamat besok aku terus gie cari bas balik muadzam .
kalau ada , ada lah . kalau takda , redha je lahh .
sakit hati dengan kakak yang jaga counter bas tadi .
cakap elok-elok tak boleh ke .
nasib baik puasa . kalau tak aku sound dia balik *alasan semata-mata.

dah nak dekat bukak puasa ni . 
so nak berenti kejap . ada cerita lagi nanti aku update ok ;)
selamat berbuka and enjoy yours meal .